MENGENAI KAMI
Kecemerlangan Pembuatan Bermula Di Sini
Di AD Artisan, kami percaya bahawa setiap ruang mempunyai potensi untuk menjadi luar biasa. Kami merealisasikan idea anda melalui pertukangan berkualiti, teknologi moden dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.
MENGENAI KAMI
Kecemerlangan Pembuatan Bermula Di Sini
Di AD Artisan, kami percaya bahawa setiap ruang mempunyai potensi untuk menjadi luar biasa. Kami merealisasikan idea anda melalui pertukangan berkualiti, teknologi moden dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.
SIAPA KAMI
AD ARTISAN MANUFACTURING SDN BHD
Rakan Pembuatan Perabot & Penyelesaian Interior Anda
AD Artisan Manufacturing Sdn Bhd (1577693-K) ialah sebuah syarikat pembuatan perabot dan penyelesaian interior yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
Ditubuhkan pada tahun 2024, kami mengkhusus dalam pembuatan perabot secara custom, kerja-kerja interior fit-out dan perabot kayu penuh untuk projek kediaman, komersial dan korporat.
Kami menggabungkan kemahiran pertukangan yang tinggi dengan teknologi pembuatan moden bagi menghasilkan produk yang memenuhi standard kualiti, ketepatan, fungsi dan ketahanan.

MISI KAMI
_______
Menjadi peneraju global dalam pembuatan perabot berkualiti tinggi dan rekaan tersuai yang melambangkan kecemerlangan pertukangan serta inovasi.

VISI KAMI
_______
- Menghasilkan perabot berkualiti tinggi dan rekaan tersuai yang menggabungkan estetika, fungsi dan pertukangan yang unggul.
- Memperluas pasaran antarabangsa dengan memperkenalkan produk yang mencerminkan warisan dan kecemerlangan pertukangan Malaysia ke seluruh dunia.
- Menyediakan penyelesaian perabot tersuai yang memenuhi keperluan pelanggan dengan menekankan kualiti, ketahanan dan inovasi.
- Membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan dan rakan niaga berdasarkan kepercayaan, profesionalisme dan kecemerlangan perkhidmatan.
- Menyumbang kepada komuniti tempatan dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan menyokong pembangunan ekonomi setempat.

FALSAFAH KAMI
_______
Di AD Artisan, kami percaya bahawa perabot dan ruang bukan sekadar produk, tetapi hasil gabungan seni, teknologi dan komitmen. Falsafah kami berasaskan kepada kualiti, ketepatan dan nilai jangka panjang dalam setiap projek yang kami hasilkan.